capal

sejenis selipar yang dibuat daripada kulit dan rupanya seakan-akan selipar jepun, cerpu.

capang

panjang dan melengkung (berkenaan (dengan) tanduk atau misai), panjang dan lebar (berkenaan (dengan) telinga).

capcai

C
1. sejenis makanan Cina (sayur dan lain-lain);

2. [bahasa percakapan] campur aduk.

capelin

[Jawa] tudung kepala yang tirus bentuknya (dibuat daripada buluh yang dianyam), capil, caping.

caperon

wanita yang lebih tua atau sudah berumur yang menemani atau mengawasi gadis atau wanita muda dalam sesuatu majlis sosial dan sebagainya.

capik

1. tempang kakinya atau jalannya (kerana cacat kaki);

2. lumpuh (berkenaan (dengan) kaki dan tangan);

mencapikkan menyebabkan capik:
kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya;

tercapik-capik (berjalan, berlari, dan sebagainya) dengan incang-incut (seperti orang yang capik kakinya), tertempang-tempang:
dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu;

kecapikan perihal capik:
~ kakinya tidak menghalangnya daripada menyertai perlumbaan jalan kaki itu.