capik

1. tempang kakinya atau jalannya (kerana cacat kaki);

2. lumpuh (berkenaan (dengan) kaki dan tangan);

mencapikkan menyebabkan capik:
kemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya;

tercapik-capik (berjalan, berlari, dan sebagainya) dengan incang-incut (seperti orang yang capik kakinya), tertempang-tempang:
dia berjalan ~ selepas tersepak batu itu;

kecapikan perihal capik:
~ kakinya tidak menghalangnya daripada menyertai perlumbaan jalan kaki itu.

berkongsi