cantum

bercantum
1. bertaut semula (seperti luka yang sudah baik dan lain-lain);

2. bertemu dan melekat atau bersambungan (seperti zip, bulu ayam, dan lain-lain);

3. bergabung, bersambung:
tiap-tiap kawasan ~ dengan kawasan yang di sebelahnya;

4. ada memuat atau berisi (karangan dan lain-lain);
carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga (peribahasa) perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga;

mencantum
1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum;

2. menyemat (dengan jarum dan lain-lain);

3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pada pokok lain (untuk mendapat pokok yang lebih baik);

mencantumkan
1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dan lain-lain), memauntukan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan;

2. menyematkan (dengan jarum, pin, dan lain-lain);

3. menikamkan:
dicantumkannya keris pusaka itu pada dada terus ke belikat;

4. memasukkan atau menyertakan (dalam majalah, acara, dan lain-lain):
nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dalam surat edaran;

tercantum
1. sudah dicantumkan;

2. termasuk atau termuat (dalam majalah, acara, dan lain-lain);

3. tersemat atau terkandung dalam hati (cita-cita dan lain-lain);

cantuman
1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan:
aku akan terus berjuang untuk ~ Singapura dengan Tanah Melayu;

2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yang berlainan menjadi satu (motokar dan lain-lain);

3. barang apa yang dicantumkan atau untuk dicantumkan:
biasanya barang-barang ini digunakan hanya sebagai ~ yang tidak kekal;

4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pada pokok lain.

Cap Goh Mei

suatu perayaan kaum Cina yang disambut pada hari ke-15 Tahun Baru Cina:
paluan gendang tarian singa sempena ~ bagaikan silih berganti dengan laungan penyokong parti yang bertanding.

cap I

1. alat untuk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dan lain-lain) dengan menekankannya di atas kertas (surat dan lain-lain), tera:
~ ini dibuat daripada getah;

2. cetak, cetakan;
huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan);
kain ~ kain yang dicetak (tidak dibatik);
tukang ~ tukang mencetak buku;

3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dan lain-lain) yang dibuat dengan cap:
tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima;

4. tanda yang berupa gambar dan lain-lain (untuk barang dagangan dan lain-lain):
Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam;

5. [kiasan] ciri, sifat (keadaan, watak, dan lain-lain);
dengan demikian kelihatan ~nya keadaannya yang sebenarnya;
~ batu cetakan yang dibuat dengan batu, litograf;
~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dan lain-lain) yang digunakan dalam perdagangan (pada barang-barang dan lain-lain);
~ jari bekas tekanan jari (untuk ganti tandatangan atau untuk mengenali orang yang memiliki jari itu);
~ kempa [sastera lama] tera (cap) diraja kerajaan Melayu;
~ mohor
a) cap kerajaan (tera kerajaan):
Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kepada Raja Melewar;
b) cap pada mata wang;

mengecap
1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap;

2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dan lain-lain):
surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dengan huruf-huruf kasar di muka hadapannya;

3. memberi bertanda:
bilangan gigi gear itu ada dicap pada gear tersebut;

4. [kiasan] menganggap sebagai, menuduh atau menamai:
Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan;
kita boleh ~ dia sebagai sasterawan nakal;

cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-mencetak;

mengecapkan menerakan, mencetakkan;

pengecapan
1. [arkaik] perihal (perbuatan, kerja, dan lain-lain) mengecap(kan);

2. percetakan;

3. perusahaan cap-mengecap, pencetakan.

cap II

sejenis ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dengan hujung salah satu daripada jari lainnya).

cap III

bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) berjalan di lumpur.

capa I

sejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), capu, sembung, Blumea balsamifera.

capah I

[Minangkabau] cakah;

mencapah
1. berpecah daripada suatu tumpuan lalu berserak ke berbagai-bagai arah yang berlainan (berkenaan (dengan) sinar cahaya, pemikiran dan lain-lain);

2. menjadi semakin lebar atau besar bukaannya apabila semakin ke hujung atau ke hadapan (berkenaan (dengan) bukaan kaki, jari kaki, jari tangan dan lain-lain):
jari-jari tangan dan kakiku ~ ke hadapan;

pencapahan perihal atau proses mencapah.