cangkul

alat untuk memecahkan (menggemburkan dan lain-lain) tanah, pacul:
~ burung [Pahang] linggis (alabangka);
menjual tangkai ~ sekah (peribahasa) menceritakan (membualkan) hal yang tidak ada kebenarannya;

mencangkul
1. memecahkan (menggemburkan dan lain-lain) tanah dengan cangkul, memacul;

2. [kiasan] membolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dan lain-lain):
agen-agen gelaplah yang ~ wang;
~ angin
mengomong-omong kosong.

cangkung

bercangkung, mencangkung duduk dengan kaki berlipat tetapi punggung tidak mencecah lantai, bertinggung.

cangkup

mencangkup memakan dengan memasukkan atau melemparkan makanan ke mulut dengan tangan.

canguk

mencanguk, tercanguk duduk (berdiri dan lain-lain) dengan kepala dan leher tertunduk ke depan;

= languk.

cangut

menonjol dalam keadaan menghereng (seperti hulu keris yang terselit di bengkung).

canselor

1. ketua kehormat sesebuah universiti;
naib ~ ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti;

2. ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (seperti Jerman, Austria, dan lain-lain).

cantas

bercantas (telah) dicantas:
pokok-pokok hiasan yang sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas;

mencantas
1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dan lain-lain);

2. [kiasan] memotong atau mengurangkan sesuatu (seperti perbelanjaan) yang tidak perlu atau berlebihan:
perbelanjaan yang tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yang dijangkakan pada tahun depan;

3. [kiasan] mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu daripada senarai tertentu:
namanya dicantas daripada senarai pemain bola sekolah;

tercantas
1. dicantas dengan tidak sengaja, terpangkas:
banyak anak pokok durian di dalam semak itu yang ~ semasa kerja menebas dibuat;

2. [kiasan] dikeluarkan atau digugurkan daripada senarai (kumpulan, pasaran dan sebagainya):
namanya ~ daripada senarai peserta yang terpilih;

cantasan hasil mencantas;

pencantasan proses (perbuatan, kerja dan sebagainya) mencantas:
~ pokok pagar itu baru sahaja selesai;

pencantas
1. orang yang mencantas;

2. alat untuk mencantas sesuatu (ranting, kayu dan lain-lain).

cantel

[Jawa];

jarum (peniti) ~ jarum penyemat;

mencantelkan menyangkuntukan;

cantelan tempat menyangkuntukan sesuatu, sangkutan.