cantas

bercantas (telah) dicantas:
pokok-pokok hiasan yang sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas;

mencantas
1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dan lain-lain);

2. [kiasan] memotong atau mengurangkan sesuatu (seperti perbelanjaan) yang tidak perlu atau berlebihan:
perbelanjaan yang tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yang dijangkakan pada tahun depan;

3. [kiasan] mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu daripada senarai tertentu:
namanya dicantas daripada senarai pemain bola sekolah;

tercantas
1. dicantas dengan tidak sengaja, terpangkas:
banyak anak pokok durian di dalam semak itu yang ~ semasa kerja menebas dibuat;

2. [kiasan] dikeluarkan atau digugurkan daripada senarai (kumpulan, pasaran dan sebagainya):
namanya ~ daripada senarai peserta yang terpilih;

cantasan hasil mencantas;

pencantasan proses (perbuatan, kerja dan sebagainya) mencantas:
~ pokok pagar itu baru sahaja selesai;

pencantas
1. orang yang mencantas;

2. alat untuk mencantas sesuatu (ranting, kayu dan lain-lain).

berkongsi