1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu:
kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah;
2. gaya (seperti bentuk, fesyen, rupa, dan lain-lain):
cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare;
3. laku, macam, ragam, seperti:
elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja;
4. adat resam, keadaan (aturan) yang lazim dilakukan, kebiasaan:
tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yang tertentu dan berhubung dengan ini pula terdapat larangan-larangan;
5. dalam bahasa atau loghat:
bertanya ~ Cina;
secara
1. dengan cara (jalan dan lain-lain):
ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam;
~ kasar dapat dijelaskan sebabnya;
2. sebagai, selaku:
hadapilah musuhmu ~ pahlawan;
cara-cara
1. berbagai-bagai cara;
2. aturan-aturan, contoh-contoh;
3. upacara.