[Arab] [sastera lama] (orang yang) takluk.
akhwan
[Arab] [sastera lama] saudara-saudara;
ikhwan.
aki I
datuk, nenek:
tok ~;
aki II
[Indonesia-Belanda] alat penghimpun elektrik (dipakai pada enjin motokar dan lain-lain), bateri.
akibat
1. kesan buruk daripada sesuatu peristiwa (perbuatan dan lain-lain), kesudahan (yang tidak baik), padah:
rakyat yang terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan;
rumah tangga yang porak-peranda ialah antara ~ yang disebabkan oleh perjudian dan minuman keras;
2. disebabkan (didatangkan dan sebagainya) oleh, (sebagai) kesudahan dr:
kepalanya pening ~ minum arak;
kerosakan besar harta benda ~ banjir;
akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya:
apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini?
berakibat
1. berakhir dengan, berkesudahan:
perkelahian itu ~ dengan kematian;
2. berpunca:
suatu perbuatan yang ~ daripada yang lain;
mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dan lain-lain (yang buruk):
serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh;
persengketaan yang mungkin ~ peperangan.
akidah
[Arab] rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini.
akik I
= batu ~ sejenis batu berwarna yang biasanya dijadikan permata cincin;
~ disangka batu (peribahasa) terhina orang kerana salah sangka.
akik II
perkakas tenun.
akikah
[Arab] penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah;
berakikah;
hari ~ hari ketika mengadakan akikah;
mengakikahkan;
~ anak mengadakan akikah untuk anak.
akil
[Arab] berakal, cerdik, pandai;
~ baligh cukup umur, dewasa (berdasarkan pertimbangan agama Islam).