1. kesan buruk daripada sesuatu peristiwa (perbuatan dan lain-lain), kesudahan (yang tidak baik), padah:
rakyat yang terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan;
rumah tangga yang porak-peranda ialah antara ~ yang disebabkan oleh perjudian dan minuman keras;
2. disebabkan (didatangkan dan sebagainya) oleh, (sebagai) kesudahan dr:
kepalanya pening ~ minum arak;
kerosakan besar harta benda ~ banjir;
akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya:
apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini?
berakibat
1. berakhir dengan, berkesudahan:
perkelahian itu ~ dengan kematian;
2. berpunca:
suatu perbuatan yang ~ daripada yang lain;
mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dan lain-lain (yang buruk):
serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh;
persengketaan yang mungkin ~ peperangan.