akaid

[Arab] (jamak bagi akidah) rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini;
ilmu ~ pengetahuan tentang ajaran (kepercayaan).

akak

[bahasa percakapan] kakak:
tentu ~ sudah cukup mengkaji buruk baiknya.

akal

1. budi, fikiran:
ceritanya termakan oleh ~;

2. daya upaya, ikhtiar;
menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar;

3. muslihat, tipu daya:
itu ~nya sahaja;
~ budi
fikiran yang sihat;
~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yang licin;
~ dua jengkal berasa diri sama dengan orang lain;
~ geladak tipu muslihat yang jahat;
~ melintas fikiran yang mendatang;
~ sari [sastera lama] satu hari nanti;
~ sejengkal berasa diri lebih daripada orang lain;
~ tiga jengkal berasa diri kurang daripada orang lain;
~ akar berpulas tak patah (peribahasa) orang yang pintar tidak mudah kalah dalam bersoal jawab;
~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba (peribahasa) tidak ada usaha yang serta-merta jadi sempurna;
ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yang lalai (peribahasa) janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan;
lubuk ~ tepian ilmu (peribahasa) dikatakan kepada orang yang pandai;

akal-akal pura-pura, dibuat-buat:
dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah;

seakal;
~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dengan segenap tenaga dan fikiran;

berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar):
manusia ialah makhluk yang ~;

mengakali
1. mencari akal (ikhtiar) untuk melakukan sesuatu:
diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu;

2. menipu, memperdaya:
tidak baik ~ cikgu;

mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya);

terakalkan dapat difikirkan oleh akal:
apakah yang diliputi dan yang ~?

akan

1. bagi, buat, pada, untuk:
beli buku ~ daku;

2. untuk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), untuk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dan lain-lain), dijangkakan:
Perdana Menteri ~ tiba pada pukul 10.00 pagi;
penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik segera;
hari ~ hujan;

3. kata sendi yang menghubungkan kata kerja tak transitif dengan frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi kan):
lupa ~ orang tua;
tidak sedar ~ dirinya;

4. adapun, perihal, mengenai, tentang:
~ sekarang anak kita pun sudah besarlah;
~ harta peninggalan ayahnya itu …;

akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pada rupa, sifat, dan lain-lain):
wajahnya ~ wajah arwah datuk saya;
barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dengan Seri Negeri;

seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti:
pemilihan pengerusi itu ~ pemilihan presiden suatu negara;

mengakan [arkaik] bermaksud (hendak), mengarah:
~ untuk mencapai sesuatu tujuan;

mengakankan [arkaik] memisalkan, mengumpamakan;

keakanan waktu yang akan datang.

akantus

sejenis tumbuhan herba atau renek daripada genus Acanthus yang banyak dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya berwarna putih atau keungu-unguan.

akar I

1. bahagian tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah;
jenis-jenis akar:
~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang;

2. asal usul, asal keturunan:
saya sedar akan ~ diri saya sebagai seorang Filipina;

3. [Indonesia] = ~ kata inti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata:
kata majmuk terdiri daripada dua atau lebih ~ kata;

4. [Indonesia] = ~ bilangan bilangan yang diperoleh daripada huraian bilangan lain dengan kuasa tertentu;
misalnya Ö4 = 2;
3Ö 125 = 5;
5Ö243 = 3;
~ banir akar yang tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (seperti akar pokok bakau);
~ gantung akar yang bergantung (seperti akar pokok beringin);
~ jangkang akar yang menyokong jenis-jenis pokok (seperti pokok bakau) yang tumbuh di kawasan berpaya;
~ larat akar yang tampak di atas tanah (seperti akar pokok bakau);
~ rambut bahagian yang halus-halus pada akar atau hujung akar;
~ serabut akar yang berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (seperti akar pokok buluh);
~ sokong akar yang tumbuh pada buku yang hampir dengan tanah atau yang tumbuh pada dahan, dan fungsinya menyokong pokok (seperti akar pokok ara);
~ tunjang akar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menegapkan pokok dan lain-lain);
~ udara akar yang tumbuh di atas permukaan tanah atau yang terdedah di udara (seperti akar anggerik);
~
umbi
a) akar tunjang;
b) keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh:
saya membezakan antara landasan dengan warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu;
membongkar dan mencabut keburukan dengan ~ umbinya sekali;
c) golongan biasa atau bawahan yang merupakan teras kepada sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;
~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) (peribahasa) daripada perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang;
bergantung pada ~ lapuk (peribahasa) mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah;
jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakuntukan ribut (peribahasa) orang yang banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain;
kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya (peribahasa) kalau pandai, dengan satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain;
tiada rotan ~ pun berguna (peribahasa) sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu;

berakar
1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya:
benih itu sudah ~;

2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput):
pendapat yang demikian sudah ~ dalam dirinya;

3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dan lain-lain):
ia sudah ~ di Singapura;

4. = ~ umbi bertapak atau berasas kepada (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang:
teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pada tradisi peribumi;

berakarkan mempunyai sesuatu sebagai akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan:
baginya amalan yang ~ animisme itu perlu dikikis;

mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (berkenaan (dengan) pendirian, pegangan, dan lain-lain):
kecenderungan ini semakin ~ dalam masyarakat.

akar II

~ asam riang sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, Vitis hastata;
~ gasing putih
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), gasing-gasing, Pericamphylus glaucus (incanus);
~ sekentut
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, kesimbukan, Paederia foetida.