akar I

1. bahagian tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah;
jenis-jenis akar:
~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang;

2. asal usul, asal keturunan:
saya sedar akan ~ diri saya sebagai seorang Filipina;

3. [Indonesia] = ~ kata inti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata:
kata majmuk terdiri daripada dua atau lebih ~ kata;

4. [Indonesia] = ~ bilangan bilangan yang diperoleh daripada huraian bilangan lain dengan kuasa tertentu;
misalnya Ö4 = 2;
3Ö 125 = 5;
5Ö243 = 3;
~ banir akar yang tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (seperti akar pokok bakau);
~ gantung akar yang bergantung (seperti akar pokok beringin);
~ jangkang akar yang menyokong jenis-jenis pokok (seperti pokok bakau) yang tumbuh di kawasan berpaya;
~ larat akar yang tampak di atas tanah (seperti akar pokok bakau);
~ rambut bahagian yang halus-halus pada akar atau hujung akar;
~ serabut akar yang berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (seperti akar pokok buluh);
~ sokong akar yang tumbuh pada buku yang hampir dengan tanah atau yang tumbuh pada dahan, dan fungsinya menyokong pokok (seperti akar pokok ara);
~ tunjang akar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menegapkan pokok dan lain-lain);
~ udara akar yang tumbuh di atas permukaan tanah atau yang terdedah di udara (seperti akar anggerik);
~
umbi
a) akar tunjang;
b) keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh:
saya membezakan antara landasan dengan warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu;
membongkar dan mencabut keburukan dengan ~ umbinya sekali;
c) golongan biasa atau bawahan yang merupakan teras kepada sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;
~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) (peribahasa) daripada perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang;
bergantung pada ~ lapuk (peribahasa) mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah;
jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakuntukan ribut (peribahasa) orang yang banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain;
kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya (peribahasa) kalau pandai, dengan satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain;
tiada rotan ~ pun berguna (peribahasa) sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu;

berakar
1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya:
benih itu sudah ~;

2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput):
pendapat yang demikian sudah ~ dalam dirinya;

3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dan lain-lain):
ia sudah ~ di Singapura;

4. = ~ umbi bertapak atau berasas kepada (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang:
teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pada tradisi peribumi;

berakarkan mempunyai sesuatu sebagai akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan:
baginya amalan yang ~ animisme itu perlu dikikis;

mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (berkenaan (dengan) pendirian, pegangan, dan lain-lain):
kecenderungan ini semakin ~ dalam masyarakat.

berkongsi