radang

1. panas badan, gerah, meriang, palak;
naik ~ marah sungguh, panas hati, geram;

2. (Perubatan) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan:
~ paru-paru;~ lidah penyakit bengkak-bengkak pada lidah (kerana kekurangan vitamin B2);
~ paru-paru sakit bengkak pada paru-paru, pneumonia;
~ tenggorok bengkak pada tenggorok, bronkitis;
sakit ~ penyakit yang disebabkan oleh bengkak;

meradang
1. radang:
badannya ~;

2. naik radang, marah sungguh, panas hati:
banyak orang yang ~ dan marah-marah apabila menerima surat dari pejabat kerajaan yang ditulis dalam bahasa Inggeris;

meradangkan marah kepada, panas hati kepada:
apa yang kauradangkan?

keradangan
1. perihal radang, kemarahan:
dalam pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya;

2. (Perubatan) (keadaan) radang:
jangkitan kuman pada saluran pernafasan mengakibatkan ~ dan kebengkakan di saluran telinga tengah;

kemeradangan perihal meradang;

peradangan berkaitan dengan, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (berkenaan (dengan) penyakit):
hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati;

peradang orang yang lekas panas hati (lekas marah):
dia memang ~ benar orangnya.

berkongsi