pegawai

1. orang yang bekerja dengan kerajaan (perusahaan dan lain-lain):
ayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri;

2. orang yang berpangkat Leftenan Muda ke atas (dalam tentera), orang yang berpangkat Inspektor ke atas (dalam pasukan polis);

3. [sastera lama] perkakas:
bukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dengan semata ~;
~ bertauliah
pegawai dalam angkatan tentera yang diberi tauliah;
~ daerah pegawai yang mengetuai sesuatu daerah;
~ de facto (Undang-undang) pegawai yang memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang;
~ kanan pegawai yang lebih tinggi daripada pegawai-pegawai lain;
~ kerajaan pegawai yang bekerja dengan kerajaan;
~ kontrak pegawai yang dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dan sebagainya);
~ memerintah pegawai tentera yang bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni ~ pelajaran pegawai perkhidmatan pelajaran;
~ pemerintah pegawai tentera yang bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion;
~ rendah pegawai tingkatan bawah;
~ tinggi pegawai tingkatan atas;
~ turus kumpulan pegawai kanan tentera yang membantu pegawai pemerintah;

kepegawaian perihal pegawai.

berkongsi