botol

bekas daripada kaca dan lain-lain tempat menyimpan cecair (seperti minyak, minuman, dan lain-lain);
~ air panas termos;

berbotol diisi (dijual dan sebagainya) dalam botol;
minuman ~;

berbotol-botol banyak bilangan botol:
~ minuman dibahagi-bahagikan kepada kanak-kanak pada majlis itu;

membotolkan mengisi ke dalam botol:
~ minuman;

pembotolan proses (kerja) membotolkan sesuatu.

botor

kacang ~ sejenis tumbuhan (herba memanjat yang buahnya dibuat sayur, ulam, dan sebagainya), kacang kelisa, Psophocarpus tetragonolobus.

botulin

(Biologi) sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum dalam makanan dan sebagainya yang tidak diawet dengan sempurna, sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk.

botulisme

(Perubatan) sejenis keracunan makanan yang teruk yang disebabkan oleh botulin dalam makanan yang tidak diawet dengan sempurna.

boya

benda terapung berwarna terang yang diikatkan pada rantai atau tali panjang ke dasarlaut, digunakan untuk menunjukkan jalan kepada kapal atau bot, atau untuk menandakan bahaya:
dicubalah mengikat kapal itu pada ~.

boyak I

1. tiada rasanya, atau tidak sedap rasanya lagi kerana sudah kering atau busuk (tembakau dan lain-lain):
tembakau yang sudah ~;

2. jemu:
ia berasa ~ tinggal di tempat itu;

keboyakan kebosanan.

boyan

1. sejenis ikan laut, Labridae spp.;

2. sejenis ikan laut, Callyodontidae spp.