bot

sejenis kenderaan kecil yang bergerak di atas air, yang biasanya membawa sejumlah kecil penumpang;

~ bomba bot yang digunakan oleh perkhidmatan bomba untuk memadamkan kebakaran di laut (kapal dan sebagainya);
~ laju bot berkuasa tinggi yang berupaya bergerak dengan laju sekali;
~ nelayan bot yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan, udang dan sebagainya;
~ penyelamat bot yang digunakan untuk operasi menyelamatkan orang di laut dan sebagainya;
~ ronda bot yang digunakan untuk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam).

botak I

1. tidak berambut (di kepala manusia);

2. tidak berbulu (di kepala binatang);

membotak menjadi botak:
kepalanya mulai ~;

membotakkan menjadikan botak:
dia ~ kepalanya;
penyakit itu telah ~ kepalanya;

kebotakan perihal botak.

botok

= botok-botok sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.