boyo

[Indonesia] kayu yang menghubungkan lunas dengan haluan atau buritan (perahu dan lain-lain).

boyong

[Jawa];

berboyong berpindah tempat (bersama-sama):
pada masa kesukaran penduduk tempat itu ~ ke daerah lain;

pemboyongan pemindahan (penduduk) ke tempat lain.

boyot

buncit, gendut;

memboyot menonjol (perut) kerana buncit:
masuklah kerani besar yang perutnya ~;

terboyot tertonjol (perut), terjendul.