bodoh

sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol:
~ sangat budak ini;
masa ~
[Indonesia]
a) tidak acuh, tidak menghiraukan:
dalam hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~;
b) perkara awak (bukan soal saya):
itu masa ~ awak;
~ alang
agak bodoh;
~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak;
~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dan sebagainya orang lain;

sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun:
~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja;

membodohkan
1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh:
budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dengan tidak memasukkannya ke sekolah;

2. menganggap bodoh;

3. mengakali, menipu:
aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;

kebodohan
1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan;

2. [Jakarta] kesalahan, kekeliruan;

kebodoh-bodohan agak bodoh.

bodor

(Sunda);
tukang ~ tukang lawak;

bodoran lakonan selingan yang mengalih perhatian orang daripada lakonan yang utama.

boga

[sastera lama] kesukaan;
sempana pergam ~ nama sejenis kapal untuk bersenang-senang.

bogel

1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang:
dia dijumpai mati dalam keadaan ~;
telanjang ~
telanjang bulat;
bunga ~ bunga yang tidak mempunyai ranggi;

2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dalam bilik, di rumah, dan sebagainya):
dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan;
ruang tamunya ~ saja;

berbogel bertelanjang:
anaknya yang masih kecil ~ lagi;

membogelkan menelanjangkan:
dia ~ anaknya sebelum memandikannya;

kebogelan dalam keadaan bogel.