= kereta ~ sejenis kereta kuda.
bogot
[arkaik] buruk sekali;
hitam ~ hitam sangat.
boh
bunyi lembu;
mengeboh mengeluarkan bunyi boh (berkenaan (dengan) lembu).
bohemian
orang (terutamanya orang seni) yang cara hidupnya tidak mengikut adat kebiasaan masyarakat di sekelilingnya.
bohjan
[bahasa percakapan] gelaran remaja lelaki yang suka melepak, berpelesiran, berfoya-foya, dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat:
masyarakat rimas melihat anak-anak muda yang tak tentu hala, menjadi bohsia, ~ dan penagih dadah.
bohlam
[Indonesia], [bahasa percakapan] bal elektrik.
bohong
berlainan daripada yang sebenarnya (cerita, keadaan, dan lain-lain), dusta, karut, palsu:
ia membuat pengaduan ~;
cakap ~;
~ sunat [bahasa percakapan] berbohong dalam perkara kecil yang terpaksa dilakukan, yang kononnya bertujuan untuk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dan sebagainya;
berbohong, membohong bercakap bohong, berdusta:
dengan Anisah dia tidak pernah ~;
membohongi bercakap bohong kepada, mendustai:
boleh jadi ia telah ~ aku;
membohongkan
1. menganggap bohong, mengatakan bohong;
2. [Indonesia] menyangkal, mengingkari:
dibohongkannya segala keterangan saksi itu;
kebohongan perihal bohong, sesuatu yang bohong;
pembohongan perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;
pembohong
1. orang yang suka membohong;
2. suka membohong.
bohorok
= angin ~ sejenis angin yang kencang (di Sumatera Timur).
bohsia
[bahasa percakapan] gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat:
awek ~;
gadis ~.
boi I
budak suruhan (lelaki), pelayan.