boi II

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar biji, akar musiang, ipuh akar putih, Roucheria griffithiana.

boikot

memboikot enggan berurus dengan (seseorang, organisasi, dan lain-lain), biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan:
dia menyuruh orang ~ kedai-kedai yang menjual barang dengan harga yang mahal;
negara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;

pemboikotan perbuatan (tindakan dan sebagainya) memboikot, pemulauan:
~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;

pemboikot orang (syarikat, negeri, dan lain-lain) yang memboikot, pemulau.

bok II

1. [bahasa percakapan] peti, kotak;

2. sejenis tempat yang dipagar (ditaruh kanak-kanak).

bokeh

[Kelantan];

membokeh
1. mencabut pokok dengan akar-akarnya;

2. mencungkil (untuk membuka sesuatu).