boikot

memboikot enggan berurus dengan (seseorang, organisasi, dan lain-lain), biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan:
dia menyuruh orang ~ kedai-kedai yang menjual barang dengan harga yang mahal;
negara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;

pemboikotan perbuatan (tindakan dan sebagainya) memboikot, pemulauan:
~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;

pemboikot orang (syarikat, negeri, dan lain-lain) yang memboikot, pemulau.

berkongsi