vanadium

(Kimia) sejenis unsur logam yang keras dan berwarna kelabu (digunakan untuk menguatkan keluli).

vandalisme

perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian:
~ yang berleluasa beberapa bulan yang lalu haruslah dikikis.

vanila

1. sejenis tumbuhan tropika, Vanilla planifolia, yang buahnya menghasilkan biji harum yang dijadikan pengharum makanan;

2. bahan perisa (pengharum) makanan yang diperoleh daripada biji tumbuhan ini.

vanilin

(Kimia) sejenis sebatian berhablur yang berwarna putih atau kekuningan yang didapati dalam buah vanila dan resin (digunakan sebagai bahan perisa dan penyedap bau).

varia

beraneka, berbagai-bagai, atau bermacam-macam (terutamanya karya sastera).

variabel

sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan).

varian

1. sesuatu yang menyimpang atau berlainan daripada yang lazim atau standard, kelainan;

2. bentuk atau ejaan yang berlainan bagi perkataan yang sama.

variasi

1. penyimpangan atau sesuatu yang menyimpang daripada keadaan (sifat, ciri-ciri, dan sebagainya) yang lazim atau standard, kelainan:
~ bahasa;

2. bentuk dan lain-lain yang tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dalam bentuk, reka cipta, dan lain-lain):
~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah;

3. penyimpangan pada ciri-ciri organisma daripada yang biasa bagi kumpulannya;

bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dan sebagainya):
kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~;
latihan selalunya dijalankan dalam bentuk permainan kecil yang ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan;

memvariasikan menjadikan bervariasi:
~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

variometer

(Fizik) sejenis alat untuk mengukur perubahan dalam medan magnet, digunakan terutamanya bagi mengkaji medan magnet bumi.