[kependekan] video cassette recorder (perakam kaset video, iaitu alat yang digunakan untuk merakamkan rancangan televisyen atau filem di dalam pita video yang boleh dimainkannya semula dengan menggunakan skrin televisyen).
VD
[kependekan] venereal disease (penyakit berjangkit seperti siflis dan gonorea yang dijangkiti melalui persetubuhan).
Veda
kitab suci Hindu.
Vedda
sejenis bangsa primitif yang tinggal di hutan-hutan Sri Lanka.
vegetarian
orang yang tidak makan daging, ikan, dan sebagainya tetapi hanya memakan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dan lain-lain.
vegetarianisme
amalan tidak memakan daging, ikan, dan sebagainya berdasarkan kepercayaan agama, kepentingan kesihatan, dan lain-lain tetapi sebaliknya memakan sayur-sayuran sahaja.
vegetasi
semua tumbuhan hidup di sesuatu kawasan.
vektor
1. (Biologi) haiwan (mis serangga) yang mengandungi parasit berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada organisma lain (manusia dan sebagainya) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kepada organisma lain itu;
2. (Biologi) serangga, unggas, angin, dan lain-lain yang membawa debunga dari stamen ke stigma bunga;
3. (Matematik) kuantiti yang dapat berubah (mis daya) yang mempunyai magnitud dan arah.
velar
(Linguistik) berkenaan bunyi suara yang keluar apabila bahagian belakang lidah mengenai langit-langit lembut seperti dalam penyebutan bunyi k, kh, g dan ng:
bunyi ~.
velkro
kancing untuk pakaian, kasut, langsir dan sebagainya yang berupa dua jalur fabrik nilon yang melekat pada satu sama lain apabila ditekan.