vena

(Biologi) salur darah yang membawa darah (terutamanya darah yang rendah kandungan oksigennya) dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung;
~ kava satu daripada dua vena yang membawa darah (yang rendah kandungan oksigennya) ke jantung;
~ portal vena yang menghubungkan dua rangkaian salur kapilari (terutama dalam hati);
~ pulmonari vena yang membawa darah (yang kaya dengan oksigen) dari paru-paru ke jantung.

venir

1. lapisan kayu atau plastik tipis yang digunakan untuk melapisi permukaan sesuatu supaya kelihatan kemas, halus atau cantik;

2. lapisan dalam papan lapis.

ventilasi

1. sistem (proses) peredaran atau pertukaran udara bersih di dalam sesebuah ruang (bilik, bangunan, dan sebagainya);

2. lubang (seperti tingkap dan sebagainya) yang membolehkan udara keluar masuk secara bebas.

ventral

(Biologi) berkaitan dengan bahagian depan atau bahagian anterior tubuh atau sesuatu struktur tubuh.