seni atau kemahiran bercakap tanpa menggerak-gerakkan bibir sehingga bunyi suara kedengaran seolah-olah datang dari tempat lain.
verba
[Indonesia] kata kerja.
verbal
[bahasa percakapan] secara lisan:
ramai yang menguasai bahasa isyarat dan dapat berinteraksi dengan baik walaupun tidak banyak interaksi ~.
verbatim
kata demi kata (mengikut betul-betul apa yang dituturkan atau dituliskan).
verifikasi
pemeriksaan tentang kebenaran laporan (kira-kira wang dan lain-lain).
vernakular
(Linguistik) berkenaan penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat:
sistem pendidikan ~;
sekolah ~;
bahasa ~ bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu.
vernakularisme
penggunaan bahasa vernakular:
Sabah dan Sarawak yang terpisah daripada Malaya dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yang hampir sama.
vernier
(Fizik) alat untuk mengukur dengan tepat pecahan senggatan skala (jangka tekanan, barometer, dan lain-lain).
versatil
berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi, dan lain-lain), serba boleh:
ini menjadikan seni Islam sesuatu yang padu serta mantap namun tetap kreatif dan ~ pada setiap masa.
versi
1. buku dan lain-lain yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain, terjemahan:
buku Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris;
2. corak atau bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dan lain-lain):
hikayat Inderaputera juga terdapat dalam satu ~ lain yang lebih pendek.