sejenis ubat berbentuk pil yang dikatakan berupaya mengatasi masalah lemah syahwat atau mati pucuk.
vibrato
(Seni Muzik) kecepatan turun naik nada (pic) muzik.
vide
(Latin) lihat (supaya merujuk kepada tempat tertentu dalam teks dan sebagainya).
video
1. = alat ~ alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);
2. = pita ~ pita bermagnet yang digunakan untuk merakamkan gambar dengan suaranya sekali dari televisyen;
3. = filem ~ filem yang telah dirakamkan pada pita video dan hanya sesuai untuk ditayangkan dengan menggunakan alat video;
memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dan sebagainya) dalam pita video:
filem-filem Melayu telah divideokan.
videofon
sejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi.
videografi
seni atau proses membuat filem video.
videografik
imej visual yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer.
videogram
video yang dirakamkan terlebih dahulu tentang sebuah filem komersial atau program televisyen.
videoteks
sistem maklumat elektronik interaktif yang mengandungi perkhidmatan seperti berita, mel elektronik, perbankan, cuaca dan laporan saham.
Vietkong
barisan pembebasan rakyat Vietnam (organisasi politik di Vietnam Selatan).