sejenis tembakau yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat.
Virgo
lambang keenam dalam zodiak, yang berlambangkan perempuan muda.
virilisme
(Perubatan) perkembangan sifat kelelakian yang muncul pada perempuan, biasanya akibat aruhan hormon seks lelaki.
virologi
kajian tentang virus dan penyakit-penyakit yang disebabkan virus.
virus
1. sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan, atau tumbuhan;
2. (Komputer) atur cara asing yang menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, merosakkan, atau memusnahkan maklumat yang tersimpan di dalam sistem berkenaan;
3. [kiasan] pengaruh yang buruk, jahat, atau merosakkan.
virusid
agen yang memusnahkan pertumbuhan virus.
vis-a-vis
(Perancis) dalam hubungannya (pertaliannya) dengan, berbanding dengan:
budaya Baba (dan Nyonya) ini ~ budaya Cina.
visa
kebenaran yang berupa cap pengesahan rasmi pada pasport seseorang yang membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yang memberikan kebenaran itu.
visi
tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya, wawasan:
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta ~ dalam kepimpinan;
Pak Arena menganggap ~ itu penting dalam penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;
bervisi mempunyai visi:
pemimpin negara yang ~ tinggi dan jauh.
visiun
[Indonesia-Belanda] wahyu, wahi.