varnis

sejenis cat berminyak yang terdiri daripada campuran pelarut dan bahan perekat (digunakan untuk memelihara dan mengilatkan perabot kayu dan rotan);

bervarnis disalut, disapu, atau digilap dengan varnis:
lantai yang ~;

memvarnis menyapu varnis pada sesuatu:
tukang kayu itu sedang ~ almari;

pemvarnisan perbuatan (proses, kerja dan sebagainya) memvarnis:
~ perabot itu memerlukan ketelitian dan kemahiran untuk memperoleh hasil kerja yang baik;

pemvarnis
1. orang yang memvarnis;

2. sesuatu (alat) yang digunakan untuk memvarnis:
berus lembut ~ perabot.

vas

bekas yang digunakan untuk mengisi bunga sebagai hiasan dan dipamerkan sebagai barang perhiasan, jambangan.

vasektomi

(Perubatan) pembedahan untuk membuang sebahagian atau seluruh salur mani, sebagai satu cara merancang keluarga.

VAT

akronim bagi value added tax (cukai nilai tambah, iaitu cukai yang ditambah pada harga barang atau perkhidmatan).

VB

[kependekan] Veskigings-Bewijs (surat kebenaran mendiami rumah, yang diberikan oleh pejabat perumahan).

VCD

[kependekan] video compact disc (cakera padat video, iaitu cakera yang boleh menyimpan filem atau muzik secara digital).