uzlah, uzlat

[Arab] pengasingan diri daripada orang banyak;

beruzlah mengasingkan diri, berkhalwat:
hidup ~ adalah hidup yang penuh dengan kegembiraan untuk bermunajat kepada Allah.

uzur

1. lemah badan, berpenyakitan, sakit:
ia tidak dapat berjalan kerana ~;
orang tua ~
orang yang sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit);

2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan:
kalau tidak ~, saya akan datang juga;

3. ki
a) datang bulan, haid;
b) mengandung, hamil;

4. ki, [bahasa percakapan] terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi:
jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dengan yang baharu, tidak ada modal pula;
~ syarii
uzur yang dibenarkan oleh syarak dalam melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dan sebagainya;

menguzurkan membuat halangan, menghalangkan (diri);
jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan;

keuzuran perihal uzur:
kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.

vaginitis

(Perubatan) radang pada faraj yang ditandai rasa sakit dan keluarnya sejenis lelehan yang biasanya bernanah.

vak

[Indonesia-Belanda]

1. mata pelajaran;

2. kecekapan yang khusus tentang sesuatu (pekerjaan dan lain-lain), kejuruan, kemahiran.