planet yang paling dekat dengan matahari.
utas I
1. tali untuk merangkaikan (manik, buah tasbih, dan lain-lain), tali perangkai;
2. penjodoh bilangan untuk benda yang berurai (seperti benang, tali, rantai, dan lain-lain):
di lehernya tergantung se~ rantai suasa;
berutas;
~ permata bergantungan dengan permata, beruntai permata.
utas II
[arkaik] pandai, tukang.
utau
[Kedah], [Perlis] isyarat dengan menggunakan tangan.
uterus
(Biologi) tempat kandungan anak, rahim, peranakan.
utih
1. [Pahang] panggilan untuk anak yang keempat;
2. [Perak] nama timang-timangan untuk anak yang keenam.
utilitarian
1. bersifat membawa manfaat yang paling besar kepada seberapa ramai orang yang mungkin;
2. lebih bertujuan untuk kegunaan daripada sebagai kemewahan, hiasan dan sebagainya (berkenaan (dengan) barang, karya seni, dan sebagainya):
karya-karya yang dipamerkan termasuklah yang bersifat ~ dan bukan ~, yang berfungsi sebagai hiasan dan alat kegunaan harian;
3. orang yang berpegang atau menyokong utilitarianisme.
utilitarianisme
teori politik dan moral yang menyatakan bahawa matlamat semua peraturan hidup yang baik ialah untuk mencapai kebahagian hidup yang paling tinggi bagi seberapa ramai orang yang mungkin, dan tindakan yang dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada tindakan itu membantu atau menghalang pencapaian matlamat ini, faham utilitarian.
utiliti
(Komputer) perkakasan atau atur cara sampingan yang membantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara.
uting I
[Kelantan];
menguting, mengutingkan menghalakan (laras senapang dan lain-lain), membidik.