[Terengganu] anak padi yang dicabut dari tapak semaian dan diikat-ikat:
dia mencedung lapan ~ sepanjang pagi.
utit
mengutit meniup (serunai, seruling):
maka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya.
utk
[kependekan] untuk.
UTM
[kependekan] Universiti Teknologi Malaysia.
utopia
masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dan lain-lain) yang ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat diwujudkan):
justeru itu amat tidak wajar dikejar dan dipertahankan suatu ~ kehidupan dalam lingkungan budaya kecil yang asing dan palsu.
utuh
1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dan lain-lain), sempurna:
meja yang masih ~;
2. tidak berpecah-pecah, bulat, lengkap:
negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus;
seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah);
keseutuhan kesatuan;
mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna);
keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan:
menjaga ~ negara Malaysia;
~ bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pada hari ini.
utus I
[sastera lama] suruhan, wakil:
adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China;
berutus berkirim surat (berita, khabar):
lama kita tidak ~ ;
berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dan lain-lain):
sentiasalah ~ antara satu sama lain;
mengutus
1. menyuruh orang pergi (sebagai ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dan lain-lain):
dalam tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat;
2. mengirim (surat dan lain-lain), menghantar:
mereka tidak pernah ~ surat;
setinggi terima kasih kepada tuan kerana ~ kawat kepada saya;
utusan orang (kumpulan orang) yang diutus, suruhan, wakil:
keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam;
perutusan
1. kumpulan wakil (kerajaan dan lain-lain), beberapa orang yang diutus, delegasi;
2. berita (khabar dan lain-lain) yang diutus:
Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kepada Tuan Harold Wilson;
3. sesuatu yang (hendak) disampaikan atau dilahirkan:
sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yang terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yang penting;
4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat:
perkara ini telah disentuh oleh PM dalam ~ tahun barunya;
pengutusan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengutus.
utus II
[sastera lama]
1. mahir (dalam pekerjaan tangan), pandai;
2. = orang ~ = utusan orang yang pandai bertukang, tukang:
maka dikirim oleh Sultan Rom daripada jenis ~ dan pandai yang tahu menuang bedil;
yang pekerjaan ~, bukan pekerjaan kera (peribahasa) orang yang suka mempedulikan pekerjaan orang lain itu biasanya akan ditimpa bencana kerana perangainya yang tidak baik.
UUM
[kependekan] Universiti Utara Malaysia.
uvula
(Biologi) anak tekak.