utus I

[sastera lama] suruhan, wakil:
adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China;

berutus berkirim surat (berita, khabar):
lama kita tidak ~ ;

berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dan lain-lain):
sentiasalah ~ antara satu sama lain;

mengutus
1. menyuruh orang pergi (sebagai ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dan lain-lain):
dalam tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat;

2. mengirim (surat dan lain-lain), menghantar:
mereka tidak pernah ~ surat;
setinggi terima kasih kepada tuan kerana ~ kawat kepada saya;

utusan orang (kumpulan orang) yang diutus, suruhan, wakil:
keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam;

perutusan
1. kumpulan wakil (kerajaan dan lain-lain), beberapa orang yang diutus, delegasi;

2. berita (khabar dan lain-lain) yang diutus:
Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kepada Tuan Harold Wilson;

3. sesuatu yang (hendak) disampaikan atau dilahirkan:
sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yang terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yang penting;

4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat:
perkara ini telah disentuh oleh PM dalam ~ tahun barunya;

pengutusan perihal (perbuatan dan sebagainya) mengutus.

berkongsi