usus

tali perut (dari perut hingga ke pelepasan), perut muda;
panjang ~ [bahasa percakapan] [kiasan] sabar;
~ besar bahagian tali perut yang menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan (sebagai najis), perut tua;
~ buntu bahagian tali perut (pada tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yang berbentuk pundi-pundi atau kantung;
~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dengan usus besar) yang menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dalam badan, perut muda.

usut II

mengusut mencari keterangan (bukti dan lain-lain), memeriksa (supaya ketahuan segala-galanya), menyelidiki:
barang siapa dicurigai, segera ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dengan tidak diusut dan diperiksa lebih dahulu;

pengusutan perihal mengusut, pemeriksaan, penyelidikan.

uswah

[Arab] teladan, contoh (ikutan):
setiap apa yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as adalah ~ kepada kamu;
~ hasanah
teladan yang baik.

usyar

[Pulau Pinang], [bahasa percakapan] memerhati (biasanya buat beberapa ketika).

utama

1. penting sekali, terpenting:
beliau sering diberi peranan ~ dalam cerita-cerita sandiwara;
~ jiwa
[sastera lama] jiwa, sukma;
air ~ jiwa [sastera lama] air yang boleh menghidupkan orang-orang yang mati ;
syarat ~ syarat yang terpenting;

2. paling baik, amat baik, terbaik:
kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~;

mengutamakan
1. menganggap lebih penting daripada yang lain, menganggap utama, mementingkan:
sistem ekonomi telah mula berubah daripada memiliki tanah kepada ~ wang;

2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dan lain-lain kepada:
seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain;

terutama
1. utama sekali, terpenting:
Hamzah menulis karangan-karangannya ~ untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi;

2. pertama sekali, asas (pokok):
tujuan kita yang ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dalam bidang perniagaan;

3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula:
mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yang lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik;

4. lebih baik… (daripada), biarlah, remak:
maka ~ mati dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat;

keutamaan
1. kelebihan daripada yang lain-lain tempat yang utama:
masalah menjaga keamanan negeri hendaklah diberi ~ dalam persidangan itu;

2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan:
kalau manusia itu tidak mempunyai fikiran, hilanglah ~nya sebagai makhluk yang tinggi;

3. kebaikan budi pekerti;

pengutamaan perihal mengutamakan:
~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan.

utara I

arah hadapan kalau kita berdiri dengan kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yang bertentangan dengan selatan;
angin ~ angin yang bertiup dari sebelah utara;
bintang ~ bintang kutub utara;
musim ~ musim tengkujuh yang dibawa angin dari timur laut;
~ barat laut mata angin antara utara dengan barat laut;
~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dengan timur laut;
~ tepat utara betul.

utara II

mengutarakan
1. melahirkan apa yang tersemat di hati (pendapat, fikiran, dan lain-lain), mengatakan, menyatakan:
banyak sekali yang dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini;

2. mengemukakan (cadangan dan lain-lain), membentangkan, mencadangkan:
dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang;

3. menunjukkan (berkenaan (dengan) jarum jam);

pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan.