usia

umur:
sudah lanjut pula ~nya;
Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok;
~ mental
(Perubatan) tahap kecerdasan seseorang berdasarkan peringkat umurnya(diketahui melalui ujian kecerdasan);

berusia
1. mempunyai usia, berumur:
beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun;

2. = ~ lanjut (sudah) agak tua:
pengadil biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah ~.

usik

1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan:
jangan peduli sangat ~ orang itu;

2. [arkaik] tidak tenang, bergerak-gerak, lasak;

berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dan sebagainya), dialihkan:
hutan di pantai Timur hampir tidak ~;

mengusik
1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dengan sungguh-sungguh):
ia ~ dengan gurau jenaka;

2. =

mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung:
jangan bagi orang ~ barang ini;

3. mengganggu (dengan maksud jahat), mengacau:
tidak tahu isteri orang yang diusik;

4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit:
dalam kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu;

5. mengkritik, mengecam;

usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain:
kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu;

terusik
1. telah diusik (diganggu, dicemari dan sebagainya):
di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yang belum ~;

2. [kiasan] tersentuh (terharu dan sebagainya) perasaan:
perasaannya mudah ~ apabila mendengar lagu itu;

usikan
1. gangguan, ejekan, gurau senda:
ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya;

2. celaan, kritikan;

pengusik orang yang (suka) mengusik, pengganggu.

usil

[Jakarta] suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dalam hal orang lain, suka menjaga tepi kain orang;
tak mahu ~ tidak mahu masuk campur, tidak mengendahkan;

usilan suka mengusik (mengganggu).

usir

mengusir
1. mengikut, memburu, mengejar:
bonda hamba pun tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yang lain;
tiadalah diusirnya orang Melayu yang lari itu;

2. menyuruh pergi dengan paksa, menghalau:
engkau usir aku seperti ~ seekor anjing yang berkurap layaknya;
~ asap, meninggalkan api
(peribahasa) melepaskan keuntungan kecil yang sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yang belum pasti;

terusir (telah) diusir:
peristiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah daripada keluarganya;

usiran
1. (orang dan lain-lain) yang diusir:
orang ~;

2. sesuatu yang digunakan untuk mengusir:
surat ~;

pengusiran perbuatan mengusir (menghalau):
dalam cerita ini, terdapat cerita yang sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya dengan membawa hadiah-hadiah;

pengusir orang yang mengusir, penghalau.

USIS I

akronim bagi United States Information Service (Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat).

uskup

paderi Kristian yang mengawasi sesuatu kawasan, wali gereja;
~ besar (agung) ketua dari segala paderi, paderi besar;

keuskupan kawasan pegangan uskup.

uslub

[Arab] kaedah, cara:
berkhidmat untuk kebenaran ialah ~ atau kaedah yang diperjuangkan oleh Islam.

USNO

akronim bagi United Sabah National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu).