usak

menjadi kurang (berkurang), susut:
cintanya kepada gadis itu masih belum ~, walau sebesar rambut sekalipun;

mengusaki menjadikan usak, mengurangi, menyusuti:
~ harta menyusuntukan (menghabiskan) harta.

usali

yang mula-mula, yang asli:
meskipun adat nan ~ tidak boleh menerima menantu di luar kampung sendiri, aturan ini dikecualikan kepada menantu orang berasal usul.

usalli

[Arab] aku bersembahyang (niat yang dilafazkan pada permulaan sembahyang):
hilang saja gema takbir imam itu maka menderulah suara orang-orang ikut membaca ~ dengan kuat;

berusalli menyebuntukan niat pada permulaan sembahyang, menyebuntukan usalli.

usang

1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dan lain-lain);

2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan:
tikar mengkuang yang sudah begitu ~;

3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dan lain-lain), kuno:
kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~;
pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang;

4. tidak subur lagi (berkenaan (dengan) tanah), kehabisan baja (berkenaan (dengan) tanah);
~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yang sudah lemah dengan menyesuaikannya dengan keadaan baru;
adat lama pusaka ~ [Minangkabau] adat yang sudah turun-temurun;

mengusang menjadi usang;

mengusangkan membiarkan sesuatu menjadi usang (tidak subur lagi dan sebagainya):
katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada kelapa import;

keusangan perihal (keadaan, sifat) usang.

usap

mengusap
1. menyapu (menyeka) supaya kering, menghapuskan:
air matanya masih kelihatan bergenang di kelopak matanya, tidak diusap;

2. = mengusapi menggosok perlahan-lahan, membelai, mengelus-elus:
suamiku menyambut pemberian anak sulung kami sambil ~ pipinya;
perlahan-lahan tangannya mengusapi dahi Karim;
~ dada
ki menggosok-gosok dada kerana kecewa dan lain-lain;

3. melumas (dengan cat dan lain-lain), menyapu (dengan cat dan lain-lain), menyelaputi:
~ keris dengan pamor.

USDEK

[Indonesia] akronim bagi Undang-Undang Dasar 45, Sosialisme ala Indonesia, Demokrasi terpimpin, Ekonominomi terpimpin, Keperibadian Indonesia (dasar-dasar politik bekas Presiden Soekarno).