1. lemah badan, berpenyakitan, sakit:
ia tidak dapat berjalan kerana ~;
orang tua ~ orang yang sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit);
2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan:
kalau tidak ~, saya akan datang juga;
3. ki
a) datang bulan, haid;
b) mengandung, hamil;
4. ki, [bahasa percakapan] terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi:
jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dengan yang baharu, tidak ada modal pula;
~ syarii uzur yang dibenarkan oleh syarak dalam melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dan sebagainya;
menguzurkan membuat halangan, menghalangkan (diri);
jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan;
keuzuran perihal uzur:
kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.