tumbuk I

1. = penumbuk alat untuk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dan lain-lain);

2. sesuatu yang dikuliti dan lain-lain dengan antan atau alu:
beras ~;
kacang ~;
~ bedil satu cara meninju (dalam pencak);
~ kasau papan yang dipasang selari dengan kasau jantan (untuk menutup bahagian tepi tebar layar);
~ lada sejenis senjata tajam Melayu (seperti pisau atau badik);
~ rusuk (perbuatan) rasuah;
~ tanak segala pekerjaan rumah tangga;

setumbuk [kiasan] sepadan, sesuai benar;
orang ~ bagai gelang ki orang yang sama padan (suami isteri dan lain-lain);

bertumbuk
1. saling meninju (antara dua orang yang berkelahi dan lain-lain), bergocoh, bertinju:
mereka berpandangan seperti ingin ~;

2. yang ditumbuk (tidak digiling atau dikisar):
raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang;

3. berlanggar atau berlaga (dengan), bertubrukan (dengan):
hampir ~ hidungnya dengan Leman;

4. terlanggar atau terbentur (pada):
lututnya ~ dengan kaki meja;

5. bertemu (dengan), terjumpa (dengan):
suatu hari nanti dia akan ~ dengan beberapa kesulitan yang akan menyusahkan dirinya;

6. bertembung (dengan), bertaut (dengan), bersambung (dengan):
tiba-tiba ~lah pandangannya dengan pandangan Tuan Direktor yang telah berdiri di pintu;

7. berbetulan dengan (waktunya), bertepatan dengan, bersamaan dengan;

menumbuk
1. memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur (terkelupas dan lain-lain):
ia sedang ~ padi;
beras yang aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk;

2. memukul dengan buku tangan, meninju, menggocoh:
dia sangat marah lalu ~ muka orang itu;

3. melanggar akan, membentur kepada, menubruk:
dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yang dipandunya ~ seekor kerbau yang sedang melintas jalan;

4. [Minangkabau] [arkaik] berjalan kaki, menapak;
~ dalam lesung, bertanam di periuk (peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;
bagai ~ padi hampa (peribahasa) hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi yang sebenarnya dia miskin;

menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali:
dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya;

menumbukkan
1. menumbuk sesuatu untuk, menyuruh tumbuk pada:
ia ~ ibu sirih;

2. melanggarkan sesuatu pada, melandakan, membenturkan, menubrukkan;

3. memukulkan buku tangan pada, menggocohkan, meninjukan,4. menikamkan atau menusukkan pada:
jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki;

tertumbuk
1. terlanggar (terbentur, tertubruk);

2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dan lain-lain);

3. terpukul (dengan buku tangan), tertinju;

4. telah sampai ke hadnya, sampai (pada), terbentur, tersuntuk;
~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yang harus dibuat dan lain-lain);

5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dengan, pada);

6. tertumpu pada (pandangan dan lain-lain):
pandangannya ~ pada serumpun pohon mawar yang tumbuh di sela-sela rumput;~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka;
~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri (peribahasa) kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain;

tumbukan
1. sesuatu yang ditumbuk;

2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan;

3. perbuatan memukul dengan buku tangan:
dengan menggunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yang berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley;

bertumbukan [kiasan] bertentangan dengan, berlawanan:
mereka menceburkan diri ke dalam pergerakan politik, ~ dengan Secret Service penjajahan dunia;

penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk;

penumbuk
1. orang yang menumbuk (padi dan lain-lain);

2. alat untuk menumbuk (padi dan lain-lain):
lesung ~ padi;

3. kepalan tangan (untuk menumbuk orang dan lain-lain), buku tangan:
dia meronta daripada pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~;
Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya untuk melepaskan sesuatu ~ kepadanya.

tumbuk II

~ banir sejenis ikan laut, Histiophoridae;
~ ketampi
sejenis burung hantu, Ketupa zeylonensis leschenault.

tumbuk III

= ketumbukan pasukan, kumpulan:
keempat-empat orang muda itulah yang menjadi kepala ketumbukan di bawah baginda sultan.

tumbung

sesuatu yang membulat dan menonjol keluar;
~ dubur [Indonesia] dubur yang keluar, prolapsus ani;
~ rahim
[Indonesia] rahim peranakan yang tertonjol keluar, prolapsus uteri;
~ kelapa (nyiur)
kecambah di dalam buah kelapa (yang telah tua) yang berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan;
sakit ~ sakit buasir;

bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung:
kami pergi ke kebun untuk melonggokkan buah kelapa yang sudah ~.

tumis

sejenis masakan (sayur, ikan, dan lain-lain) yang perencahnya direndang dengan minyak atau lemak terlebih dahulu;
sambal ~ sambal yang dimasak dengan minyak dan lain-lain (tidak mentah);

bertumis dimasak (direndang dan sebagainya) perencahnya dengan minyak atau lemak;

menumis memasak (lauk, sayuran, dan lain-lain) dengan menggunakan minyak atau lemak:
hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai;

menumiskan memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dan lain-lain) ke dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan:
jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang;

tumisan hasil menumis:
apabila nasi hampir kering, masukkan ~ sayuran itu bersama-sama dengan udang dan dikacau rata-rata;

penumis;
minyak ~ minyak (lemak) yang digunakan untuk menumis.

tumit

1. bahagian yang di belakang sekali daripada tapak kaki (di bawah buku lali);
~ bagai lengkuas muda = ~ seperti pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yang cantik;

2. bahagian daripada sesuatu yang menyerupai tumit:
dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai;
cakap berdegar-degar, ~ di keting
(peribahasa) orang yang bercakap besar tetapi penakut.

tumor

gumpalan sel abnormal atau berpenyakit yang tumbuh dan membengkak pada badan manusia atau binatang, ketumbuhan.

tumpah

terkeluar, keluar dari bekasnya (benda cair, beras, dan lain-lain):
hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya;
maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi;
tanah (tempat, negeri dan sebagainya) ~ darah
tempat dilahirkan;
~ darah keluar darah dengan banyaknya dari rahim (berkenaan (dengan) perempuan yang baru bersalin, keguguran dan sebagainya), turun darah;
~-ruah tumpah banyak-banyak;

menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pada;

menumpahkan
1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah:
siapa yang ~ beras dari guni ini?;

2. ki memberi (perhatian dan lain-lain), mencurahkan:
semua yang hadir ~ perhatian kepada Amir;

3. [kiasan] mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dan lain-lain):
dia membiarkan orang tua itu ~ segala yang terbuku di dadanya;
~ darah
melakukan pembunuhan (peperangan dan lain-lain);

tertumpah
1. telah ditumpahkan atau tumpah:
air di dalam gelas itu berkocak, malah ada yang ~ ke bawah;

2. ki telah diberikan kepada, tercurahkan:
dia masuk bilangan anak-anak yang pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya;

3. [kiasan] tertumpu:
dia memandang ke arah daun tingkap yang kegelapan, tempat ~nya bayangan api pelita;

tumpahan sesuatu yang tumpah (ditumpahkan), curahan:
terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu;
~ minyak
tompokan minyak yang terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat daripada minyak yang tumpah dari kapal disebabkan perlanggaran dan sebagainya;

ketumpahan terkena sesuatu yang tumpah:
bajunya ~ kuah;

pertumpahan perihal tumpah;
~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dan lain-lain);

penumpahan perihal menumpahkan, pencurahan;
~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan).