tumpak I

[Minangkabau]

1. kumpulan beberapa benda (tumbuh-tumbuhan, belukar, dan lain-lain), kelompok;

2. kawasan besar yang terdiri daripada beberapa kawasan yang lebih kecil, bidang (yang terdiri daripada beberapa bidang kecil):
beberapa ~ sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke tangan orang lain;

bertumpak-tumpak
1. berkelompok-kelompok (awan di langit dan lain-lain), bertompok-tompok;
2. tidak rata, tidak sekata (warna dan lain-lain):
padi masak ~;

3. banyak dan luas sekali (tanah), berkeping-keping:
kebun kelapanya ~, ternakannya banyak kembang biak.

tumpang

~ sekaki [bahasa percakapan] turut sama melakukan sesuatu yang sedang dilakukan oleh orang lain:
seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki;

bertumpang ~ tindih saling tindih-menindih (bersusun-susun, bertompok-tompok):
beberapa buah buku yang ~ tindih di atas rak disusun semula dengan penuh hati-hati;

menumpang
1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yang lain;
pokok ~ tumbuhan yang hidup pada pokok lain, bendalu;
ganja ~ ganja yang melekat (bukan ganja iras);

2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (untuk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja:
buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu;

3. naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dan lain-lain):
dari Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dengan selamat;

4. turut berpergian dengan kenaikan orang (dengan percuma), membonceng:
apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~;

5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta;
~ mati bersama-sama mati, ikut mati;

6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dan lain-lain):
boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?;
~ hidup
tinggal bersama supaya dapat hidup;
~ makan (tidur dan lain-lain) turut serta makan (tidur dan lain-lain);

menumpangi ikut tinggal di, menumpang pada atau di, menaiki (kereta, kapal, dan lain-lain) untuk berpergian:
maka ditumpanginya sebuah bas dari Jogja ke Semarang;

menumpangkan
1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih:
sebelah kakinya ditumpangkannya pada lutut kaki lain;

2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang:
anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang;

3. menyuruh menaiki kapal dan lain-lain (untuk berpergian), membiarkan menumpang kapal dan lain-lain:
anak yang cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM untuk dibawa ke Kuala Lumpur;

4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan:
kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih untuk anak saya;

5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dan lain-lain), mengamanahkan, menitipkan:
di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya untuk dijual;
~ diri (hidup, nyawa) kepada
menyerahkan diri (hidup, nyawa) kepada seseorang (supaya diselamatkan dan lain-lain);

tertumpang
1. (telah) ditumpangkan:
kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini;

2. dikembarkan, disertakan:
bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 untuk anakanda;
~ salam daripada
terimalah salam daripada;
~ salam kepada sampaikan salam kepada;

tumpangan
1. sesuatu yang ditumpangkan (untuk diurus, dikirim, dibawa, dan lain-lain);
barang ~ barang yang diamanahkan (untuk diurus dan lain-lain);

2. tempat menumpang yang ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dan lain-lain):
ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya;
enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~;
wang ~
bayaran kerana menumpang, sewa;
mencari ~
a) mencari tempat untuk menumpang;
b) mencari orang untuk ikut serta (berpergian);

penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan;

penumpang
1. orang yang menaiki kereta dan lain-lain (untuk berpergian):
setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun;
kapal ~
kapal yang membawa orang (bukan yang membawa barang);

2. orang yang tinggal (menginap, singgah, dan lain-lain) di tempat orang;
~ transit penumpang yang singgah sebentar di sebuah lapangan terbang untuk mengambil penerbangan sambungan lain yang berikutnya ke destinasi yang ditujui.

tumpas I

habis sama sekali, binasa, punah:
tanamkan ke dalam hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dari bumi Asia Tenggara;

menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan:
mereka memimpin pasukan negeri untuk ~ pemberontakan;
beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;

ketumpasan perihal tumpas;

= tumbas.

tumpat

1. penuh berisi (ruang, rongga, dan lain-lain), penuh sesak, padat, sendat:
orang yang menghadap itu hingga bertemu lutut ~ , tiada bersila lagi;
~ mampat (tumpul)
= penuh ~ penuh betul (mampat, sesak);

2. tidak berongga, mampat, padu:
kayu keras lebih ~ daripada kayu lembut;

3. [kiasan] tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dan lain-lain), terbuntu (fikiran dan lain-lain), tersuntuk:
kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~;

menumpat, menumpatkan
1. mengisi (menimbus dan lain-lain) hingga penuh, memadatkan (lubang dan lain-lain):
~ perigi buta;

2. ki menutup (mulut), menyumbat;

tertumpat tertimbus (tertimbun dan lain-lain) hingga penuh, tersumbat;

ketumpatan
1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan;

2. (Matematik) kadar atau nisbah yang didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dengan isi padunya.

tumpeng

[Jawa] nasi yang dikukus dan dibentuk seperti kerongsong (untuk kenduri dan lain-lain).