tumu

sejenis tumbuhan (pokok), Bruguiera secangula;
~ mata buaya
sejenis tumbuhan (pokok), Bruguiera spp.

tumus

tertumus jatuh tersembam, terjerembap, terjerumus, tersungkur:
Kapten Mamat menolak Mat Piah sampai berpusing dan ~ ke bangku Ketot.

Tun
1. [sastera lama] [kependekan] tuan (gelaran orang besar-besar zaman kerajaan Melayu dahulu yang umumnya diwarisi):
~ Tuah, ~ Bijasura;

2. gelaran untuk orang yang dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong:
~ Abdul Razak;
~ Abdul Malek;

pertunan sekalian orang yang bergelar Tun.

tuna

– (Sankrit) awalan asing tidak mempunyai, misalnya tunakarya, tunanetra, dan tunasusila.

tuna I

[sastera lama] luka, cacat, rosak;

tertuna
1. kena luka, mendapat luka:
ia berasa tertikam dan ~;

2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dan lain-lain), menderita (kerana sesuatu yang tidak menyenangkan):
banyak antara mereka yang ~ rindu dan renjana, kerana perwira yang muda belia ini.

tuna II

sejenis ikan laut daripada famili Scombridae yang badannya agak bulat panjang dan muncungnya lancip, biasanya isinya ditinkan sebagai bahan makanan, Thunnus thynnus.

tunaanggota

cacat anggotatunabusana [Jawa] tidak memakai pakaian (berkenaan (dengan) bangsa-bangsa yang masih terlalu rendah peradabannya).

tunai

1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dan lain-lain), kontan;
~ runcit sejumlah wang yang disimpan di pejabat dan sebagainya, yang sedia digunakan untuk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan;
membayar ~ membayar dengan wang pada ketika itu juga (tidak berhutang dan lain-lain);
wang ~ wang yang dapat digunakan dengan segera;

2. tidak bertangguh (dalam mengerjakan sesuatu), pada ketika itu juga:
sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala;

menunaikan
1. membayar dengan tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dengan tunai), mengontan:
~ hutang;

2. mengerjakan tugas (kewajiban dan lain-lain), melaksanakan (perintah dan lain-lain), mengamalkan (ajaran dan lain-lain):
manusia wajib ~ apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yang dilarang-Nya;
~ rukun Islam
mengerjakan rukun Islam;
~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban);

3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dan lain-lain):
Yusof juga berucap pada majlis tersebut sebagai ~ permintaan Pegawai Daerah;
~ ajaran (perintah, pesanan)
mengerjakan ajaran (perintah, pesanan);
~ cita-cita berusaha mencapaikan cita-cita;

4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dan sebagainya) dengan wang tunai:
kami tidak dapat ~ cek di bank pada hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer;

penunaian perihal menunaikan, pelaksanaan, pengamalan;

tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dan lain-lain).

tunak

[sastera lama]

1. tidak berhenti-henti (melakukan sesuatu, bekerja, dan lain-lain), berterusan, sentiasa, tekun, tetap:
ia ~ menulis;
matanya ~ memandang Razak;

2. tetap setia, patuh, taat:
hamba dan sahaya semuanya ~.