tunai

1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dan lain-lain), kontan;
~ runcit sejumlah wang yang disimpan di pejabat dan sebagainya, yang sedia digunakan untuk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan;
membayar ~ membayar dengan wang pada ketika itu juga (tidak berhutang dan lain-lain);
wang ~ wang yang dapat digunakan dengan segera;

2. tidak bertangguh (dalam mengerjakan sesuatu), pada ketika itu juga:
sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala;

menunaikan
1. membayar dengan tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dengan tunai), mengontan:
~ hutang;

2. mengerjakan tugas (kewajiban dan lain-lain), melaksanakan (perintah dan lain-lain), mengamalkan (ajaran dan lain-lain):
manusia wajib ~ apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yang dilarang-Nya;
~ rukun Islam
mengerjakan rukun Islam;
~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban);

3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dan lain-lain):
Yusof juga berucap pada majlis tersebut sebagai ~ permintaan Pegawai Daerah;
~ ajaran (perintah, pesanan)
mengerjakan ajaran (perintah, pesanan);
~ cita-cita berusaha mencapaikan cita-cita;

4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dan sebagainya) dengan wang tunai:
kami tidak dapat ~ cek di bank pada hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer;

penunaian perihal menunaikan, pelaksanaan, pengamalan;

tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dan lain-lain).

berkongsi