tunda I

sesuatu yang ditarik dengan tali di belakang perahu;
kail ~ kail yang ditarik di belakang perahu;
pukat ~ pukat yang ditarik di belakang bot dan lain-lain;
sampan ~ sampan yang berisi muatan (ditarik oleh kapal yang kecil-kecil);
tali ~ tali untuk menarik pukat (sampan dan lain-lain);

bertunda
1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dan lain-lain);

2. ki berikut-ikut, berturut-turut:
beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dengan Saodah;

bertunda-tunda
1. [sastera lama] berduyun-duyun dengan banyaknya, berbondong-bondong:
rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu;

2. ki berjalan dan lain-lain berikut-ikut (berturut-turut):
anjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya;

menunda
1. menarik sampan dan lain-lain dengan tali:
sebentar kemudian dengan ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai;

2. ki mengikut dari belakang, mengikut, mengiringi:
orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yang ditunda dengan kematian anak-anaknya;
Pak Sudin masuk ke dalam bilik hadapan dan Yusof ~nya dari belakang;

penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda:
~ kereta yang rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kepada sebuah syarikat tempatan;

penunda sesuatu yang digunakan untuk menunda (menarik);
kapal ~ kapal penarik (sampan dan lain-lain);
~ kereta orang yang kerjanya menunda kereta yang rosak atau remuk akibat kemalangan;
tali ~ tali untuk menarik sampan dan lain-lain.

tunda II

[bahasa percakapan] tangguh;

menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menangguhkan (pelaksanaan dan lain-lain sesuatu):
mulanya sukan itu hendak diadakan pada bulan Ogos, kemudian ditunda kepada bulan Disember;

menunda-nunda selalu menunda, menangguh-nangguhkan waktu, memperlama;

tertunda
1. ditangguhkan, ditunda;

2. sengaja dilambat-lambatkan;

penundaan perihal menunda, penangguhan:
kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai.

tunda III

[Minangkabau] tolak dari belakang, sorong;

bertunda
1. berlepas, bertolak;

2. berpanjangan melakukan sesuatu, berlama-lama;
~ berkelahi berkelahi berlama-lama;

bertunda-tunda berlama-lama, berpanjangan;
~ banyaknya sangat banyak;
~ berbicara lama berbicara;

menunda, menundakan
1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong;
~ pedati menolak pedati;

2. ki meminta supaya melakukan (mengadakan dan lain-lain) sesuatu, mendesak:
dengan mengumumkan parti politik yang baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan;

tunda-menunda saling menunda (tolak-menolak):
ombak bergulungan ~;

tundaan hasil perbuatan menunda, tolakan:
agak cepat juga gerak ~ itu.

tundan

[Jawa] [arkaik] tempat pergantian kuda (dalam perkhidmatan pos dan lain-lain).

tundra

(Geografi) kawasan tanah pamah yang luas, sejuk, dan tidak ditumbuhi pokok, yang terletak di bahagian utara benua Eropah, Asia, dan Amerika Utara.

tunduk

1. kepala atau muka condong ke hadapan, lawan mencongak (tengadah):
suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut;

2. tidak tegak (batang padi dan lain-lain), condong, merunduk;

3. menyerah kalah kepada, mengaku kalah, takluk:
negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu;

4. menurut perintah (aturan dan lain-lain), patuh, taat:
Hanafi ~ kepada kemahuan atau paksaan kaum keluarganya untuk berkahwin dengan Rapiah;
~ diam
duduk diam kerana kecewa dan lain-lain;
~ menyembah bertekur kerana menyembah;
~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah;

bertunduk [sastera lama] mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan:
maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya;

menunduk lawan menengadah, tunduk:
dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yang terbiar di atas lantai;
dalam ~ ia menyonggeng
(peribahasa) seseorang yang berlainan mulut dengan hatinya;

menundukkan
1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala:
gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yang hendak dicarinya;

2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dalam permainan dan lain-lain):
Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun;
seorang pemain yang masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang;

ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan;

penundukan perihal menundukkan;

petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera untuk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah);
tali ~ tali yang dipasang pada hujung kayu penegang layar.

tundun II

1. [Brunei], [Minangkabau] tengkuk (orang, kuda):
rambut Aini potongan pendek, ~nya terdedah;

2. bahagian sebelah atas kemaluan perempuan.