pekak, tuli;
tunam I
tali api-api daripada sabut (kertas, kain, dan lain-lain) untuk meriam kuno, murang, sumbu:
Panglima Hassan berkerah mengisi meriam, membakar ~, dan membubuh penggalak.
tunam II
[Minangkabau];
tertunam terpacak (terpancang) ke tanah, terunjam.
tunanetra
[Jawa] buta.
tunang
bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yang telah mengikat perjanjian untuk menjadi suami isteri:
dia tinggal tidak berapa jauh dari rumah ~nya;
bertunang mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin):
sesudah bekerja baru ~;
bertunangan sudah terikat oleh janji untuk menjadi suami isteri, mempunyai perhubungan sebagai tunang:
mereka telah ~;
menunang
1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang:
orang muda yang kaya itu datang ~ engkau;
2. = menunangi mengajak bertunang dengan, meminta bertunang dengan:
ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya;
menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dalam istiadat sebagai tunangan:
ia tidak mahu ditunangkan dengan anak bapa saudaranya;
mempertunangkan menjadikan bertunang(an):
anaknya dipertunangkan dengan seorang pahlawan;
tunangan tunang:
barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin;
pertunangan perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi dengan Junah telah dirasmikan;
penunangan perihal menunang (menunangkan);
petunang [sastera lama] jampi atau mantera yang dikenakan pada bunyi-bunyian untuk menimbulkan rasa kasih kepada siapa yang mendengarnya;
peluru ~ = peluru penunang [sastera lama] peluru yang berjampi (tetap mengenai sasarannya).
tunapidana
penjara.
tunas
bahagian tumbuhan yang mulai tumbuh (pada batang, dahan yang diparas, dan lain-lain), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk;
~ baka tunas yang menjadi baka bagi sesuatu pokok yang dicantumkan;
~ celah = ~ ketiak tunas yang letaknya di antara daun dengan dahan (ranting dan lain-lain);
~ hujung = ~ pucuk tunas yang terdapat pada bahagian hujung ranting;
~ padi batang padi yang tumbuh sesudah dituai;
~ rasa (Biologi) sel di permukaan lidah yang membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, seperti rasa pahit, masin, manis atau masam;
~ sulung tunas yang mula-mula sekali bercambah pada biji;
tidak berasak ~ dari tunggul (peribahasa) pangkat dan lain-lain yang diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga);
bertunas
1. tumbuh tunasnya (pokok dan lain-lain):
kacang soya yang ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium;
2. ki mempunyai anak cucu, menurunkan zuriat, berketurunan;
3. [kiasan] tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit:
dalam tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~;
baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya (peribahasa) baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros;
menunas
1. cambah atau timbul sebagai tunas (tumbuh-tumbuhan);
2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas;
menunaskan menjadikan bertunas, menimbulkan, menerbitkan.
tunasusila
[Jawa] tidak bersusila;
wanita ~ perempuan jalang, perempuan lacur, pelacur.
tunatertib
pengacau;
tunawicara [Jawa] tidak dapat bercakap, bisu.
tunawisma
[Jawa] tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap, gelandangan.