[Jawa] tangkal (azimat dan lain-lain) yang dipakai untuk menolak bala dan lain-lain.
tumbalang
[arkaik] tembelang.
tumbang I
1. jatuh (benda yang tegak), rebah:
pokok getah yang telah tua itu ~ sebatang demi sebatang;
2. [kiasan] jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dan lain-lain):
Port Arthur ~ pada hari terakhir tahun 1904;
3. [kiasan] disembelih (binatang seperti kerbau, lembu, dan lain-lain):
dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya;
~ harapan putus harapan;
menumbangkan
1. menjadikan tumbang (pokok yang besar-besar dan lain-lain), meruntuhkan, merobohkan:
pokok yang akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut;
2. [kiasan] menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dan lain-lain), menghancurkan, memusnahkan:
pelajar-pelajar yang pada mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan;
berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan untuk ~nya.
tumbang II
[Minangkabau] = ~ keladi (pisang, ubi) sejenis makanan daripada keladi (pisang, ubi) yang ditumbuk halus-halus dan digaul dengan gula dan kelapa parut;
menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi).
tumbas
[arkaik] tidak bersisa sedikit pun, habis semua sekali;
tumpas I.
tumben
[Jakarta]
1. pertama kali, mula-mula sekali;
2. tidak seperti biasa, ganjil benar.
tumbesar
tumbuh dan membesar (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain);
tumbesaran proses tumbesar:
hormon yang bertanggungjawab ke atas ~ dan fungsi seks.
tumbit
~ kayu sejenis tumbuhan, kecapi, Allophylus fulvinervis.
tumbu
[Jawa] sejenis bakul besar yang bertutup (tempat beras dan lain-lain).
tumbuh I
1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain):
anak kelapa sudah mulai ~;
janggutnya ~ panjang;
2. menjadi besar (tubuh badan dan lain-lain), sedang naik:
perempuan muda yang sedang ~;
3. terbit, terjadi, timbul (perkara):
jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi;
~ di tanah yang gembur (peribahasa) anak gadis yang kaya ibunya;
di mana ~ di situ disiang (peribahasa) jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan);
kerambil ~ di matanya (peribahasa)
a) perempuan muda yang elok rupa parasnya dan kaya pula;
b) pembesar negeri yang cerdik lagi berada;
tak ~ tak melata (peribahasa) orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya;
bertumbuh hidup, tumbuh:
pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari;
menumbuhi tumbuh (hidup) di:
orang yang darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat;
menumbuhkan
1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah:
baja ini gunanya untuk ~ benih semaian itu dengan cepat;
2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna, memperbesar, memperkembang:
tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina untuk pindah kepada bahasa Melayu-Indonesia daripada ~ bahasa Filipina itu;
3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dan lain-lain):
pertentangan mata antara gadis dengan pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yang tiada taranya;
tumbuhan
1. sesuatu yang tumbuh (berkecambah, hidup, dan lain-lain);
2. = tumbuh-tumbuhan segala yang hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dan lain-lain), pokok:
paku-pakis mempunyai beberapa sifat yang sama dengan tumbuh-tumbuhan berbunga;
3. [Jakarta] sejenis bisul dalam daging;
~ dwimusim (Biologi) tumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam dua musim, seperti kubis dan lobak merah;
~ saka (Biologi) tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pada setiap musim), misalnya pokok jati;
~ semusim (Biologi) tumbuhan yang menyempurnakan keseluruhan kitar hidupnya dalam satu musim tanaman (satu tahun), misalnya padi, jagung;
ketumbuhan
1. ditumbuhi oleh:
halaman rumah yang dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang;
2. penyakit kulit (yang mudah berjangkit), cacar;
jenis-jenisnya:
~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dan lain-lain;
3. (Perubatan) tisu yang membesar atau membengkak secara tidak normal, misalnya tumor;
4. = tumbuhan [Jakarta] sejenis bisul dalam daging;
pertumbuhan perihal tumbuh, perkembangan:
pokok yang tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya;
penumbuhan perihal menumbuhkan:
jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya.