tulus

= ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang:
dengan rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu;

menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dan lain-lain):
hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebai

tum II

[Jawa];

ditum dimasak atau direbus dengan dibungkus dalam daun (berkenaan (dengan) daging atau ikan).

tuma

sejenis binatang halus seperti kutu (terdapat pada binatang dan juga manusia);
perkuda ~ (peribahasa) sesuatu yang mustahil akan diperoleh;
sembunyi ~ kepala tersorok ekor kelihatan (peribahasa) perihal orang yang berbuat sesuatu yang kurang baik dan menyangka tiada siapa yang mengetahui walhal diketahui semua orang;
takuntukan ~ dibuangkan kain (peribahasa) sebab takut akan rugi yang sedikit lalu mendapat rugi yang lebih besar lagi.

tumang I

sejenis pancang untuk menyangga sesuatu (dijadikan tambatan khemah, kerbau, dan lain-lain):
tercabut ~ disentak oleh kerbau itu;
~ tungku
ganjal yang diletakkan di atas tungku.

tumang II

menumang, menumangkan
1. tidak mahu menerima, menampik, menolak;
tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani;

2. berasa takut akan, gentar akan:
apalah ditumangkan akan hal yang sekecil itu;

3. berasa bimbang atau khuatir:
perkara biasa takkan kita ~kan;

4. [sastera lama] membiarkan (tinggal), meninggalkan:
jangan hamba seorang ditumangkan;

tumang-menumang, tumang-menumangkan
1. tinggal-meninggalkan, biar-membiarkan:
sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan;

2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah:
maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~.