tumpah

terkeluar, keluar dari bekasnya (benda cair, beras, dan lain-lain):
hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya;
maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi;
tanah (tempat, negeri dan sebagainya) ~ darah
tempat dilahirkan;
~ darah keluar darah dengan banyaknya dari rahim (berkenaan (dengan) perempuan yang baru bersalin, keguguran dan sebagainya), turun darah;
~-ruah tumpah banyak-banyak;

menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pada;

menumpahkan
1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah:
siapa yang ~ beras dari guni ini?;

2. ki memberi (perhatian dan lain-lain), mencurahkan:
semua yang hadir ~ perhatian kepada Amir;

3. [kiasan] mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dan lain-lain):
dia membiarkan orang tua itu ~ segala yang terbuku di dadanya;
~ darah
melakukan pembunuhan (peperangan dan lain-lain);

tertumpah
1. telah ditumpahkan atau tumpah:
air di dalam gelas itu berkocak, malah ada yang ~ ke bawah;

2. ki telah diberikan kepada, tercurahkan:
dia masuk bilangan anak-anak yang pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya;

3. [kiasan] tertumpu:
dia memandang ke arah daun tingkap yang kegelapan, tempat ~nya bayangan api pelita;

tumpahan sesuatu yang tumpah (ditumpahkan), curahan:
terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu;
~ minyak
tompokan minyak yang terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat daripada minyak yang tumpah dari kapal disebabkan perlanggaran dan sebagainya;

ketumpahan terkena sesuatu yang tumpah:
bajunya ~ kuah;

pertumpahan perihal tumpah;
~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dan lain-lain);

penumpahan perihal menumpahkan, pencurahan;
~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan).

berkongsi