taj

[Arab] mahkota;
T~ul-Salatin mahkota segala raja (tajuk buku);

= taju.

taja

menaja
1. mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan):
lain ditaja, lain dianyam;

2. berbuat sesuatu dari mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dan lain-lain):
syarikat perusahaan yang baru ditaja;
untuk ~ sebuah kampung baru yang seindah pusaka nenek moyang yang ada ini adalah satu perkara yang tidak mudah;
ia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yang tersendiri yang dinamakan paleontologi;

3. merancang, mengatur:
aku telah ~ hidupku;

4. membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan (berkenaan (dengan) syarikat dan sebagainya):
siaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans;

tajaan sesuatu yang ditaja, apa yang ditaja;

penajaan perihal (usaha, tindakan) menaja:
beliau telah berhubungan rapat dengan ASAS 50 sejak ~nya;

penaja
1. orang yang menaja, orang yang mempelopori sesuatu:
beliau ialah salah seorang daripada ~ parti tersebut;

2. syarikat dan sebagainya yang menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen.

taja jamin

(Ekonomi) persetujuan atau tindakan menjamin untuk membeli atau menyerap semua terbitan saham yang tidak dapat dijual kepada orang ramai dengan harga yang dipersetujui:
beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut;

menaja jamin
1. bersetuju untuk membeli semua saham baru yang tidak dibeli orang ramai pada harga yang ditetapkan bersama:
pengurus terbitan akan ~ bon terbitan pada satu kadar faedah yang dipersetujui;

2. bersetuju untuk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dan sebagainya):
projek perumahan yang terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yang ~ projek itu;

penajajaminan proses atau hal menaja jamin;

penaja jamin bank, institusi kewangan dan sebagainya yang menaja jamin:
beberapa buah bank telah mengambil bahagian sebagai ~ saham terbabit.

tajak

sejenis alat untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dan lain-lain), rimbas:
mereka sedang berhempas pulas menghayun cangkul dan ~ , membuat kebun sayur;
~ kebat
[Minangkabau] cagaran;
tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga (peribahasa) kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan;

menajak merumput dengan tajak, mengerjakan tanah dengan tajak;

penajakan perbuatan (kerja) menajak;

penajak orang yang menajak.

tajalli

[Arab]

1. tersingkap atau terbuka hijab (berkenaan (dengan) sufi, tasawuf);

2. jelas dan nyata (sesuatu yang ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi;

3. kebenaran yang diperlihatkan Tuhan, wahyu.