tajam I

1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dan lain-lain), lawan tumpul:
parang yang ~;

2. runcing hujungnya, lancip:
paku yang ~;

3. dapat melihat (mendengar, merasai, dan lain-lain) dengan cepat atau dengan cekap:
dengan menggunakan pendengarannya yang ~ sebagai orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola seperti bapanya itu;

4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik:
~ juga otak budak sekolah menengah ini;

5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka):
ia memerhati dengan pandangan yang ~;

6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dan lain-lain):
walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga;

7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dan lain-lain), dapat melukai:
walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yang ~ itu;

8. menjadi genting, memuncak:
pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~;

9. kuat, berpengaruh:
budi bahasa yang baik ialah satu daripada daya penarik yang ~ bagi pekedai;

10. jelas, ketara:
ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yang ~ antara sektor;
~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik;
~ mata lekas dapat melihat;
~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yang pedas;
~ pendengaran lekas dapat mendengar;
berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia (peribahasa) kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang daripada dilukai dengan senjata tajam;
yang ~ tumpul, yang bisa tawar (peribahasa) [Minangkabau]
a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh;
b) kerana percakapan yang manis sengketa hilang;

menajam menjadi tajam:
keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kepada gadis di sisinya itu;

menajamkan menjadikan tajam:
pensel itu mesti ditajamkan;
dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur;

mempertajam menjadikan lebih tajam:
pemakaian bahasa setiap hari dengan sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yang kita pakai;
pembacaan yang luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran;
~ sanding
ki membesarkan perselisihan;
adakah duri dipertajam (peribahasa)
a) orang yang cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi;
b) musuh tidak perlu diberi pertolongan;

ketajaman hal atau sifat tajam:
ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu;

penajaman perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) menajamkan:
~ mata pisau.

tajam II

~ damak sejenis tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia;
~ molek
sejenis tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes.

tajau

sejenis tempayan besar yang dibuat daripada tanah liat (berlapis sejenis kaca).

tajdid

[Arab] pembaharuan (yang menurut ulama fikah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah).

taji I

= ~ ayam susuh buatan (daripada besi, tembaga, dan lain-lain) yang dipasang pada kaki ayam sabungan;
~ bentuk taji yang melengkung bentuknya dipasang pada susuh ayam;
~ golok taji yang dipasang pada kais ayam (bermacam-macam bentuknya);
berombong ~ memakai taji (ayam sabungan);
membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pada kaki ayam sabungan;
penggabus ~ alat tempat memasang taji (pada kaki ayam);
tuntung ~ hujung taji yang tajam;
seperti ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yang cantik;
duduk diambung-ambung ~ (peribahasa) perihal seseorang yang senantiasa dalam kerunsingan;

bertaji memakai taji (ayam sabungan);
belum ~ hendak berkokok (peribahasa) belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri;

menaji menikam, mencucuk, menusuk dan sebagainya dengan taji atau dengan benda tajam:
dia segera berpaling ke belakang untuk ~ Sang Jebat tetapi ditahan.

taji II

sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya elok untuk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus neriifolius.

tajin

kanji (untuk mengeraskan pakaian);

bertajin berkanji (pakaian);

menajin mengeraskan pakaian dengan tajin;

menajinkan menganji (pakaian).

tajuk I

1. perhiasan kepala yang dibuat daripada emas (perak dan lain-lain), mahkota, patam, jamang;

2. perhiasan kepala daripada karangan bunga yang dicacak pada rambut atau pada tutup kepala (mahkota, serban, dan lain-lain):
~ bunga cempaka dan bunga cina;

3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pada tepi perahu;

4. kepala surat (karangan, makalah, dan lain-lain), judul, mauduk, pokok (percakapan):
belum lagi diberi ~ untuk karangan itu;
Hilmy mengubah ~ percakapannya;
~ berita

a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yang dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dan sebagainya;
b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dalam siaran televisyen dan radio;
~ dayung keliti dayung (pada perahu);
~ mahkota
a) karangan bunga pada mahkota;
b) yang tercinta, yang dikasihi;
~ rencana induk karangan (dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain);
~ surat kepala surat;

bertajuk
1. ada tajuknya, memakai tajuk:
ia memakai seberhana tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~;

2. ada judulnya (karangan dan lain-lain), berkepala:
karangan ini tidak ~;

menajuk kelihatan menganjur (tinggi), tercacak, terkemuka;

mempertajuk [sastera lama] memberi bertajuk, memakai tajuk pada:
maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai.