takaful

[Arab] insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam.

takah I

takik, takuk;

bertakah-takah bertakuk-takuk:
dia terus menuruni tanah bukit yang ~.

takah III

[Minangkabau]

1. sikap, rupa, tingkah laku:
~nya masih perawan;

2. segak, gagah, kacak, tampan:
~ juga rupa orang itu;

3. perawakan, tokoh:
~nya akan jadi orang besar;

menakah [arkaik] kelihatan elok dan lain-lain.

takai

menakai mengenal pasti dan memilih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dan sebagainya untuk dibunuh, disingkirkan dan sebagainya sebagai langkah mencegah pemerebakan penyakit dan sebagainya:
beritahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yang didapati lemah dan berpenyakit;
tindakan ~ kambing yang kurang baik seharusnya dijalankan dari semasa ke semasa;

penakaian proses (tindakan, perbuatan, usaha dan sebagainya) menakai:
maklumat ini diperlukan untuk memudahkan kerja ~ ternakan yang berpenyakit.

takak I

kain (ber)~ sarung yang dibuat daripada dua helai kain yang dijahit bersambung;

menakak menjahit dua helai kain menjadikan sarung.

takal

alat berupa roda-roda kecil yang diberi bertali atau berantai (untuk mengangkat barang berat), kapi, kerek.