[Arab] pembukaan, pendahuluan (sembahyang).
takdir
1. = ~ Allah = takdirullah sesuatu yang ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan daripada Allah, qadak:
suratan ~ di tangan Tuhan;
2. [kiasan] untung nasib:
jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kepada ~;
3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya:
~nya terjadi apa-apa kepada diri abang, kepada siapa kami akan bergantung;
4. kalau… pun, meski… pun:
~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya;
mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu:
dia telah ditakdirkan mati dengan cara yang dahsyat;
ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dan lain-lain):
sesuatu ~ tiada datang dengan tiba-tiba, tetapi ada garis yang dilaluinya;
yang ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang.
takdis
[Arab] penyucian, pengudusan;
mentakdiskan menyucikan, menyatakan suci.
takeyari
(Jepun) [arkaik] tombak buluh, buluh runcing.
takhir
[Arab] kemudian, lewat;
mentakhirkan mengemudiankan, melewatkan:
~ sembahyang.
takhlik
[Arab];
mentakhlikkan membentuk, menciptakan, menjadikan.
takhta
tempat raja bersemayam;
~ kerajaan
a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana;
b) [kiasan] kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja;
~ rawan tandu untuk raja-raja;
naik ~ menjadi raja;
turun ~ meletakkan jawatan raja;
bertakhta
1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri;
2. berkerajaan di, bersemayam di;
3. [kiasan] berada, berkedudukan:
jiwa besar mesti ~ dalam seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis;
4. [kiasan] bertempat, tersemat:
apa yang sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman;
mentakhtai menduduki (memegang) takhta;
mentakhtakan mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan menjadi raja:
baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri itu;
ketakhtaan perihal naik takhta:
~ dinasti.
taki I
bertaki berbantah, berbahas, bertengkar:
kadang-kadang sampai merah muka aku ~ dengan kawanku akan sesuatu hal yang tidak aku setujui;
menaki menentang, membantah;
penaki (orang yang) suka bertaki (berbahas, bertengkar):
aku tidak berani menerangkannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~ orangnya.
taki II
[arkaik];
bertaki berjanji.
takik
toreh yang agak dalam pada pokok (kulit pokok dan lain-lain), takuk, gubang:
potongan itu tebal-tebal ~nya;
takang-~ berbagai-bagai takik;
bertakik-takik ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk;
menakik
1. melukai sesuatu dengan parang dan lain-lain, membuat takik (dengan memarang dan lain-lain), menakuk:
pohon-pohon getah yang ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatannya;
2. menoreh kulit kayu untuk mengambil getah, menyadap:
~ pokok getah;
~ darah di batu (peribahasa) [Minangkabau] meminta pertolongan kepada orang yang tidak mampu;
tertakik menakik atau ditakik dengan tidak sengaja:
jika salah-salah hayun, kapak tergelicir sasaran dan betis pula yang ~;
takikan
1. hasil daripada perbuatan menakik;
2. takuk yang dibuat untuk memudahkan orang berpijak, takukan;
penakikan
1. perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan;
2. perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan;
penakik
1. orang yang menakik (menakuk), penakuk;
2. orang yang menakik (menoreh), penoreh, penyadap.