takluk

1. tunduk kepada (pemerintahan, kuasa, dan lain-lain), menyerah kalah, mengaku taat:
telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya;

2. kawasan yang masuk dalam sesuatu pemerintahan, jajahan;
jajahan ~ jajahan yang diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri;

menakluki
1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan:
bangsa Turki ~ Istanbul pada tahun 1453 Masihi;
khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah;

2. [kiasan] menguasai:
dengan ini, dongeng-dongeng dengan sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;

tertakluk
1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan:
dengan ~nya Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab;

2. wajib, patuh kepada, wajib mentaati:
dia ~ kepada Undang-Undang Adat;

3. sangat-sangat bergantung pada, terikat pada:
ekonomi kita ~ sangat pada jualan getah dan bijih timah;

taklukan (orang dan lain-lain) yang ditaklukkan, tawanan;

penaklukan perihal menaklukkan, penawanan;

penakluk orang yang menakluk.

takma

jalinan atau kepang tali (kabel dan lain-lain);

menakma menjalin atau mengepang (tali, kabel, dan lain-lain).

takmir

[Arab] amalan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menjadikan sesuatu makmur, gilang-gemilang, giat dan digunakan sepenuhnya;
~ masjid usaha menjadikan masjid sebagai pusat pelbagai kegiatan agama.

takometer

alat yang digunakan untuk mengukur laju putaran enjin, dinyatakan dalam putaran per minit (ppm).

takraw

= sepak ~ sejenis permainan sepak raga yang memakai jaring, sepak raga jaring.

takrif

huraian yang ringkas dan tepat (tentang sesuatu seperti makna perkataan dan lain-lain), penjelasan (berkenaan (dengan) sesuatu), penentuan, pernyataan (yang menerangkan), definisi:
dengan ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dengan moral dan ilmu siasah;

mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi);

mentakrifkan memberi takrif (pengertian dan lain-lain) tentang, mendefinisikan:
pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan;

pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) mentakrifkan (sesuatu):
~ harus dimulai dengan penerangan yang umum ke penerangan yang khusus;

pentakrif orang yang memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dan sebagainya (apabila menyusun sesebuah kamus dan lain-lain).

takrim

[Arab] hormat, penghormatan, pemuliaan:
maka anakanda sambut dengan takzim dan ~.