takir

[Jakarta] bekas air dan lain-lain (daripada daun pisang, daun kelapa, dan lain-lain), limas.

takjub

berasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum:
Mak Guna tercengang, hairan dan ~;

menakjubi berasa takjub (hairan) akan, mengagumi;

menakjubkan mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan:
kesakitan Wira Pati sangat ~ Sang Nata;

ketakjuban perihal takjub, kehairanan, kekaguman.

taklid

[Arab]

1. pegangan pada pendapat ahli hukum yang muktabar;

2. percaya bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain);

3. = ~ buta hanya menurut (mengikut) sahaja;

bertaklid berpegang pada pendapat ahli hukum yang muktabar:
namun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kepada para ulama atau mereka yang lebih mengetahui;

bertaklidkan bertaklid kepada:
mereka wajib ~ para nabi.

taklik I

[Arab] perjanjian (kahwin dan lain-lain) atau pengakuan gugurnya talak dengan janji (seperti ke darat enam bulan ke laut setahun, tiada berita, talak gugur dengan sendirinya):
dengan ~ kaum perempuan boleh melepaskan dirinya daripada kongkongan suami yang tidak disukainya;
hukuman ~
hukuman yang dikenakan dengan perjanjian.

taklim

[Arab] perihal mengajarkan agama Islam:
aktiviti pengayaan ilmu ini boleh diadakan di dalam kelas, kelas khas atau semasa ~ selepas atau sebelum kelas amali solat.

taklimat penerangan ringkas tentang sesuatu perkara;

mentaklimatkan memberikan penerangan atau arahan yang perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara:
pengarah akan ~ arahan yang terbaru itu kepada semua staf yang terlibat.