[Arab] pengakuan kebenaran secara lisan.
taksa
mempunyai makna yang kabur (menyangsikan, meragukan), boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran;
ketaksaan perihal (keadaan dan sebagainya) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (berkenaan (dengan) sesuatu makna):
adanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ sesuatu ayat.
taksi
[Indonesia] teksi;
menaksi [bahasa percakapan] menaiki teksi, menumpang teksi;
menaksikan
1. menumpangkan pada teksi;
2. memakai kereta (motokar) sebagai teksi, menjadikan teksi;
= teksi.
taksidermi
seni atau kaedah mengawet binatang dan burung yang telah mati sehingga ia kelihatan seolah-olah masih hidup.
taksir I
tidak mengendahkan (pekerjaan dan lain-lain), kurang ingat-ingat, alpa, lalai:
jangan ~ daripada memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau;
berlepas ~ membebaskan diri daripada kesalahan orang;
mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.
taksir II
kira, hitung, nilaian:
~ kasarnya bolehlah didapati dengan mengira bunga biasa dengan kadar 4%;
salah ~ salah kira (hitung);
kurang ~ hilang laba (peribahasa) pekerjaan yang dibuat tidak dengan hati-hati akan mendatangkan kerugian;
menaksir
1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain):
ditaksir-taksir Solihin perongkosan yang harus dikeluarkannya;
2. menyangka, menelah, mengagak, mengira:
penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta;
3. memberi penghargaan (dengan sewajarnya), menghargai, menilai:
dengan jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dengan lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
4. mengkaji, meneliti:
kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yang tertakluk sangat-sangat pada getah asli;
5. = naksir ingin memiliki (mempunyai) sesuatu, menghendaki, berkeinginan untuk, ada keinginan hendak;
taksiran
1. hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian:
belanja atau kerajat yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% daripada ~ harta;
2. telahan, dugaan, persangkaan:
bila beresnya revolusi ini menurut ~mu?
3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yang kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sebagai cukai pendapatan atau kadaran;
penaksiran perihal menaksir;
penaksir orang yang menaksir.
taksis I
[Arab] pembatasan;
mentaksiskan membatasi, mengehadkan.
taksis II
(Biologi) pergerakan berarah (mendekati atau menjauhi rangsangan) oleh organisma ringkas seperti alga, sebagai gerak balas terhadap rangsangan luar seperti cahaya, suhu dan bahan kimia.
taksonomi
kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
taksun
[Kelantan] tidak sesuai, canggung (tentang pakaian):
memang ~ kain hitam dipakai orang yang berkulit hitam.